Thursday, December 30, 2021

yang bersalah

mengapa orang yang melakukan salah,
tetapi kita yang perlu rasa bersalah,
mengapa yang melakukan salah,
hanya tahu meminta maaf,
dan berharap dimaafkan dengan laju,
tanpa memikirkan sakit dan pilu,
insan yang teraniaya,
mengapa yang melakukan salah,
tiada langsung rasa bersalah,
tetap mahu berlaku salah,
seperti tak takut dengan keadilan Allah. 

Wednesday, December 29, 2021

sahabat aku sang hitam



Sahabat aku sang hitam,

hitam yang berkuasa,

hitam yang gelita.


Sahabat aku sang hitam,

saat tangisan ibarat pasir di laut,

saat pedih ibarat embun di padang rumput,

hitam ada setia di hati.




Saturday, December 18, 2021

penat apa yang paling penat?

 penat apa yang paling penat?


penat jaga hati manusia yang tak penat menyakitkan hati kita.


kita cuba positif, sedaya upaya menahan marah menahan api, dia dengan mudah negatif menambah minyak.


kita cuba gembirakan situasi, menceriakan suasana, dia dengan mudah marah maki sana sini.


kita cuba bersabar dengan segala kesalahan dan kesilapan yang kita lihat, dia dengan mudah petik salah silap kita walau sebesar zarah sekali.


kita cuba menggunakan segala keringat yang ada untuk mencari rezeki, dia dengan mudah lena kerana kepenatan bersenang lenang.


penatkan jaga hati orang? sangat penat.

Sunday, December 5, 2021

Berdiri di tempat ini

 Di tempat ini,

Terasa dingin, 

Dari sakit dulu,

Dari pedih sekarang,

Rasa ini ke sana sini,

Menghitung hari hari mendatang,

Hingga karat dan basi.


Andai satu hari,

Tiada mampu kemudi lagi,

Gapailah tangan ini,

Ia masih di sini,

Tidak berhenti,

Tapi bersedia memberi.


Berhenti dan tataplah,

Bahawa aku masih berdiri di tempat ini.


SEHARIAN

 Seharian menunggu, tiada sesaat yang membuatkan kan aku merasa lebih tua. Sejak terakhir aku mengelih, kepedihan itu berlalu segala pemboho...