Gembiralah kita di saat ini,
Hapuskan segala air mata,
Lenyapkan segala rasa duka.
Biarpun kita tidak berkesempatan,
Bersama tersayang, bersama tercinta,
Ini semua demi aman,
Ini semua demi perjuangan.
Bersabarlah hati dan jiwa,
Semuanya akan baik baik sahaja,
Ingatlah wahai sahabat sesama kita,
Ingatlah kita tidak bersendirian,
Biar jauh dan tidak bersua,
Kita sentiasa aman dan selamat semuanya.
No comments:
Post a Comment