Salam Suka Hati
Selama 10 hari, bermula dari 12 May 2020 yang lepas, saya telah dicabar oleh suami saya untuk melakukan cabaran di Facebook iaitu post 10 filem yang memberi kesan terhadap minat anda kepada filem atau kehidupan serta diri anda sendiri. Secara mudahnya, filem yang memberi kesanlah dalam kehidupan anda. Contoh, jika anda menonton filem Harry Potter, ia telah menyebabkan anda minat kepada semua filem yang berunsur magic. Contoh! Cabaran ini dilakukan sehari sekali, selama 10 hari, dengan hanya meletakkan poster filem tersebut tanpa perlu menyatakan sebabnya. Tapi kerana saya sedang mengayuh kembali skill menulis, maka saya terfikir menyatakan dan menerangkan sebab musababnya mengapa 10 filem poster itu telah terpilih oleh saya.

Kita mulakan dengan filem Love Letter, merupakan sebuah filem dari Jepun, yang diarahkan oleh Shunji Iwai. Filem ini mendapat Box Office, bukan sahaja di Jepun, tetapi negara Asia yang lain, terutama Korea Selatan. Kalau anda kenalan saya, pasti tahu yang genre kegemaran saya ialah romantik, komedi, dan parody. Lihat pada tajuk pun dah tahu genre filem ini apakan?
Untuk pengetahuan semua, saya menginspirasikan filem ini untuk menghasilkan filem pendek saya yang bertajuk AD. Filem pendek ini dihasilkan semasa saya berada di semester akhir di UiTM Shah Alam. https://www.youtube.com/watch?v=wofiqXi_BWw <--- ini link kalau berminat nak tengok.
Ok, berbalik kenapa filem ini memberi kesan kepada saya. Filem ini sebenarnya diperkenalkan oleh kakak saya. Memang selalu cerita Jepun ni dia yang ajar tengok pun. Selalu saya tengok filem Bollywood je. (Tapi Yess Boss pun dia juga suruh tengok, lepas tu terus jatuh cinta dengan SRK..damn it). Filem ini pada awal ceritanya sedikit boring dan slow. Awal2 lagi dah sedih. Bila seorang kehilangan tunangnya akibat kemalangan salji, dan perempuan itu seperti tak dapat move on. Beliau menulis surat kepada tunangnya yang dah mati dengan harapan dapat berbual dengan tunangnya kembali. Apa yang mengejutkan, surat yang dikirimkan itu dibalas. Ha? Siapa balas? Jeng jeng jeng. Alah, tengok sendirilah. Filem itu kemudiannya diserikan dengan beberapa babak flash back. Jadi, bermula dari situlah yang membuatkan saya terus terkesan.
Watak yang memberi kesan kepada saya ialah watak Itsuki Fujii (lelaki). kenapa saya letak lelaki dalam kurungan? sebab ada watak perempuan dalam filem ini namanya sama juga. Disinilah yang menariknya apabila mereka berdua ini sering diusik dan di"couple"kan kerana nama mereka sama. Tapi tak apa, saya bukan nak cerita pasal nama mereka. Tapi saya nak cerita pasal watak lelaki itu.
Kenapa saya suka watak Itsuki Fujii? Ya, kerana watak inilah saya mulai tertarik dengan lelaki introvert dan pemalu (plus minus handsome kena ada jugalah). Karakter Itsuki dibina sangat cantik sekali. Bagaimana cara beliau menunjukkan perasaan kepada gadis yang beliau minati, bagaimana beliau mengawal situasi disekeliling beliau, serta sikap pemalu dan sedikit sombong juga menjadikan Itsuki menjadi kegilaan ramai. Salah satu sebab juga kenapa watak Itsuki ini menarik ialah bagaimana dia menyukai seseorang itu tetapi kerana sikap pemalunya, beliau tidak mahu menyatakan perasaan tersebut. Mungkin juga dipengaruhi sikap angkuh. Walaupun secara psikologi, lelaki introvert ini akan berfikir sebelum bertindak, tetapi kalau lama sangat bertindak sampai susah sangat nak cakap Aku Suka Kau pun payah jugakan. Tapi itulah yang menariknya watak Itsuki ni. Cara dia menyampaikan perasaan pun sampai perempuan tu tak perasan. Dah Ending filem baru tahu. Ending nilah yang memberi kesan sangat2 pada saya. Sehingga saya membuat ending yang hampir sama dalam Filem pendek saya. Saya bukan plagiat ye, saya inspired by. haha
Ok. Habis sudah penjelasan kenapa filem ini memberi kesan kepada saya. Secara kesimpulannya, disebabkan filem ini, kalau saya tengok filem, saya mesti suka tengok watak hero yang pemalu dan sombong. bukan dalam filem sahaja, secara nyatanya saya sudah selamat berkahwin dengan suami yang introvert juga. Sekian.
Belanja sikit muka Itsuki Fujii.