Tuesday, June 8, 2021
aku suka cerita apa?
Friday, June 4, 2021
bau hujan
Tuesday, May 25, 2021
Aku Tulis
Aku tulis,
Tulis guna kepala,
Tulis guna hati,
Bukan saja tulis,
Ikut emosi, ikut benci.
Aku tulis,
Dengan ruang yang ada,
Dengan alat yang tersedia,
Dengan segala muka surat kosong,
Aku tulis, aku isi.
Aku tulis,
Untuk memberitahu,
Untuk mengkhabar,
Untuk belajar dan mempelajari,
Untuk semua dan diri sendiri.
Aku tulis,
Walau caranya sukar,
Walau ia menyakitkan,
Walau tiada yang membantu,
Walau ada yang mengabaikan.
Aku berjanji,
Aku akan tulis,
Tetap akan tulis.
Saturday, April 24, 2021
Perspektif
Maklumkah kita,
Kita bertunas di dunia yang kecil,
Walau jauh kita mengembara,
Berbalik andun, dan berbalik kembali,
Tiada apa yang berbeza,
Sarwa yang ada,
Tetap sama.
Apa yang beza,
Cara dan gaya,
Satu-satu ain yang melihat,
Pandangan yang diberi,
Menerbitkan perspektif,
Yang asing dan unik,
Bagi akal yang mentafsir.
Tuesday, March 16, 2021
Penat
Rengsa,
Lelah sangat,
Sembarang saja yang hirau,
Kau? Kamu? Dia?
Jerih,
Lesu dengan seluruhnya,
Tapi siapa yang acuh,
Aku payah, aku payah sendiri,
Bukan ada yang meringankan,
Bukan ada yang menyantuni,
Sedu, mengah,
Tersedu-sedu seorang diri,
Kerana rimpuh,
Siapa peduli?
Tiada.
Semua pun pentingkan diri,
Semua pun penat,
Penat dengan duniawi.
Monday, March 15, 2021
pantun #projekmastikus
Ruginya nelayan ke sungai berakit,
Melempar pancing tidak berumpan,
Ruginya kambing menanduk bukit,
Hasilnya tiada, musnah harapan.
Sekadar meluah rasa hati tentang sesuatu yang sia sia.
sekian
Monday, March 8, 2021
Kadang
Kadang kau jerih,
Tapi tak mampu rebah.
Kadang kau layu,
Tapi tak mampu beradu.
Kadang kau gering,
Tapi tak mampu dirawat.
Kadang kau mahu berperi,
Tapi kau hanya mampu hening.
Kerana yang kisah,
Tiada
#projekmastikus
1.37am
9/3/2021
Saturday, February 6, 2021
nak kejar balik minat?
Friday, February 5, 2021
Tentang kematangan (Tribute to The Wondering Mastikus)
Kau tahu apa itu kematangan?
Bila mana kau tengah gembira, bila kau nampak orang tengah bersedih, kau kawal diri kau supaya tak terlalu menyinggung perasaan orang lain.
Bila masa kau tengah sedih, kau cuba tak nak sakitkan hati siapa siapa, hanya kerana kau rasa kau tengah sedih dan semua orang kena faham keadaan kau
Bila masa kau tengah marah, kau tak marah orang lain juga hanya kerana kau rasa kau seorang saja layak rasa marah.
dan terutama lagi bila kau rasa kau tak ada mood, kau bertindak untuk memilih orang orang tertentu saja untuk senyum atau layan. sama ada kau pilih orang itu dari segi kepentingan atau kau rasa orang tu takkan terkesan.
contoh
kau selalu boleh marah kawan baik kau, sebab kau ingat kawan baik kau takkan cari kawan lain.
kau selalu boleh marah pekerja bawahan kau, sebab kau ingat dia takkan cari kerja lain
kau selalu boleh marah anak kau, sebab kau ingat anak kau tak ada pilihan lain, tapi akan tetap sayang kau.
kau selalu boleh bohong orang yang sayang kau sebab kau ingat dia takkan tinggalkan kau.
pernah kau terfikir sebaliknya? atau pernah kau terfikir kifarah yang akan berlaku?
kawan makan kawan? pekerja tikam boss? anak derhaka? akhirnya kau berpisah?
hanya kerana kau memilih untuk melayan orang tertentu untuk melepaskan emosi kau, tak semestinya kau takkan dapat balasan "cash" dari Allah SWT.
sebab tu kita kena layan semua manusia sama. dia siapa pun, hina mana pun dia, selagi kau boleh bersikap baik, baik sajalah. jangan sesekali fikir orang lain perlu faham keadaan kau.
andai tiba satu hari kau susah, dan semua yang kau sangka takkan hilang,
Hilang....
Wednesday, February 3, 2021
Balik pada Nawaitu (tribute to The Wondering Mastikus)
Ada dua kategori orang yang ajak kita meniaga
1 – ajak kita meniaga sebab dia nak kita senang
2 – ajak kita meniaga sebab dia yang nak senang
Kategori pertama selalunya dia tidak akan memaksa kita. Dia akan faham minat orang tak sama. Kelebihan dan kekurangan manusia itu berbeza sama sekali. Kalau orang itu minat perubatan, takkan kau nak paksa dia berlakon. Kategori pertama selalunya tidak akan berputus asa dan bahasanya lebih sopan dan berhemah.
Kategori kedua selalunya dia jenis memaksa. Blia kita tak boleh buat macam dia buat, dia tuduh kita malas dan banyak alasan. Dia pandang manusia semua sama macam dia. Bagi dia, kalau dia boleh buat, kenapa orang lain tak boleh. Kalau dia boleh jadi doctor dan berlakon at the same time, orang lain mesti boleh buat juga. Kategori kedua bahasanya lebih kepada menyindir dan memandang rendah pada golongan yang tidak seperti dia
Balik pada nawaitu. Itulah cabaran berniaga. Bukan semua orang boleh ikut rentak kita. Jaga tutur bahasa. Nabi Muhammad SAW pun tak pernah paksa orang dengan menyindir, tapi mengajak dengan cara yang sopan. Betul, berniaga itu sunnah Nabi. Tapi sunnah Nabi pun suruh kita bersangka baik.
Balik pada nawaitu.
Saturday, January 16, 2021
MIMPI
Mimpi,
Antara garis yang jelas,
Di wajah masa lalu yang hilang,
Dan ia terus hilang,
Bagaikan malam yang tiada hentinya,
Menghitung hari,
Menghitung dosa,
Separuh hidup disangka berjaga,
Namun sepenuhnya,
Kita hanya bermimpi.
SEHARIAN
Seharian menunggu, tiada sesaat yang membuatkan kan aku merasa lebih tua. Sejak terakhir aku mengelih, kepedihan itu berlalu segala pemboho...
-
Satu hari aku diberikan tugas, untuk keluar membuat tinjauan bersama seorang rakan pejabat yang tidak begitu disenangi ramai. Aku hanya mamp...
-
Terkadang rasa sakit, Membuat kita tersedar, Membawa kita pada rasa tahu, Akan kehidupan ini sulit. Biar apa pun rasa sakit, Simpanlah rasa ...